Sabtu, 12 September 2009

sejarah DPNC 09 , "PEMBUKA TIRAI KEMENANGAN"
Asalamualaikum.w.bt. buat semua pembaca blog debat@kal, hem, sebelum kita berbicara dengan lebih jauh, kami mohon maaf kerna dah lama tak update blog nier,,, hem biasa ler busy dengan kerja mahasiswa, buat assigment, study for midterm and banyak lagi ar kerj yang masih mampu tertanggung,, namun tak mengapa , kami ada cerita hebat yang hendak kami kongsi bersama anda semua,,....BERKENaan DPNC 09

hem... sejarah DPNC 09, telah lama menutup tirai,, namun sejarah kemenangan UMS-KAL masih lagi dalam ingatan, kerana ini merupakan buat pertama kalinya UMS KAL berjaya melayakkan diri keperingkat final.... hem walaupun hanya mendapat naib johan, satu kebanggan dan penghargaan buat semua pendebat ums kal, kerana berjaya merebut GELARAN PENDEBAT TERBAIK... (SEMASA FINAL)....

pertandingan DPNC 09 ini, berlangsung pada 8 ogas - 12ogas 2009 di UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, yang telah dianjurkan oleh kolej keDiaman ANUGERAH BESTARI (AB).. hem... seramai 24 orang pendebat ums kal yang telah membawa nama kampus antarabangsa labuan untuk berjuang merebut PIALA DPNC... banyak kenangan yang indah kami lalui semasa berada disana,.... hem... namun kalu saya cerita kenangan nie, alaamtnyer tak sempat lah....

hem antara yang hebat semasa DPNC 09
1) UMS KAL berjaya melayakkan diri ke final
2) gelaran pendebat terbaik..
3) memecah tradisi..

semasa final, kami telah berjumpa dengan pasukan debat dari pihak penganjur sendiri iaitu pendebat AB. dr Ramsha iaitu ketua hakim debat telah memberikan tajuk berkaitan H1NI... huhu... pertama risau juga bawa isu, tue yelaKAN h1N1 itu merupakan isu baru.... tajuk debat yang kami lagakan semasa final " H1N1 KERANAMU DUNIA LEBIH BERMAKNA"
hem, ums kal berdiri di pihak kerajaan dan kampung AB di pihak pembangkang.. hem apa yang lebih parah pula, salah seorang dari pendebat kami jatuh sakit... (demam) huhu... risau juga kalau2 dia tue terkena H1N1... HEM... nasib baiklaH, DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN pasukan, kami teruskan juga perlawanan itu walaupun ada yang sakit....
kalo kita fikirkan memang susah gak tajuk nier untuk dibawakan oleh pihak kerajaan,, yerlah kita kena buktikan bahawa kehadiran H1N1 ini menjadikan dunia lebih bermakna..... huhuh, pening.... tapi alhamdulillah berkat "brainstorming" dengan pasukan akhirnya kami dapat melihat hikmah disebalik kejadian H1N1 ini...
pihak kerajaan membawakan 3 instrumen penghujahan...
1) dari aspek kerjasama
2) penjagaan kesihatan
3)alam sekitar..
hem, kalo saya hurai berkaitan 3 hujah ini, memang tak sempatlah... tapi oleh sebab itu kami minta kepada anda untuk berkongsi pendapat anda dengan memberi respond kepada tajuk debat ini... boleh mencambahkan idea kita kan....
hem... o.k kita lupakan hal ini, berbalik pula kepada cerita dpnc... walaupun tewas dalam pertandingan debat semasa final, kami tidak pernah rasa kecewa, kerana itu semua adalah pengalaman yang paling bernilai buat semua pendebat UMSKAL.... kami harapkan anda semua dapat memberi sokongan yang padu buat kelab debat umskal.... saksikanlah video perjalanan perjuangan pendebat ums kal..... semoga anda terhibur.....





video

Isnin, 20 Julai 2009

ADAB BERDIALOG DAN BERMUZAKARAH DALAM ISLAM.


Syariat Islam telah menggariskan adab untuk bermuzakarah, berdialog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan tersebut berteraskan kepada akal yang sihat, pemikiran yang bernas serta perdebatan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kesemua ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan dan manfaat manusia seluruhnya. Perbezaan pendapat manusia sama ada dalam perkara agama atau dunia merupakan lumrah hidup dan tabie manusia.

Antara sebab timbulnya perbezaan pendapat ialah kefahaman terhadap sesuatu nas dan dalil yang dipegang atau perbezaan istilah bahasa. Di samping itu, berpegang kepada taklid semata-mata tanpa ada ilmu pengetahuan, fanatik terhadap pandangannya, hasad dengki dan mengikut hawa nafsu.

Antara adab bermuzakarah yang digariskan oleh syariat Islam ialah muzakarah itu mestilah berprinsipkan kebenaran, jauh dari pembohongan dan waham. Al-Quran telah merakamkan dialog antara nabi Musa dengan firaun ketika Nabi Musa mengadap firaun atas perintah Allah. Nabi Musa memperkenalkan dirinya sebagai seorang rasul dan membawa bukti keesaan Tuhan dari kejadian alam. Tetapi firaun yang tidak dapat menjawab hujah-hujah nabi Musa menganggap nabi Musa sebagai gila dan ahli sihir. Perbicaraan firaun adalah untuk menegakkan kebatilan. Akhirnya beliau mengugut nabi Musa untuk memenjarakannya. Perkara yang penting di sini ialah jawapan serta hujah nabi Musa adalah untuk mencari kebenaran yang lahir dari hati yang bersih, jauh daripada penipuan.
Muzakarah itu hendaklah berpegang kepada tajuk yang dibincangkan iaitu tidak keluar dari tema yang mereka perselisihkan.

Muzakarah itu hendaklah mengemukakan hujah-hujah yang jelas dan benar sehingga mereka tidak mampu berhujah lagi. Setelah terbukti kebenaran mereka hendaklah kembali kepada ajaran yang sebenar sebagaimana kisah ahli sihir firaun yang beriman kepada Nabi Musa setelah terbukti kebenaran kerasulannya. Begitu juga kita hendaklah kembali kepada kebenaran walaupun orang yang benar itu adalah orang bawahan kita dan kita sanggup menyatakan saya silap dan engkau betul. Ahli-ahli muzakarah tersebut mestilah bersifat merendah diri dan menjauhkan diri dari sifat sombong serta bangga diri. Lihatlah kisah nabi Sulaiman bersama-sama burung hud-hud. Walaupun Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang besar namun ia menerima hujah burung itu dengan rendah diri dan bercakap secara hikmah dan lembut.

Ahli muzakarah hendaklah memberi peluang kepada orang lain memberi pendapat atau hujah sama ada dari pihaknya atau pihak pembangkang. Tidak boleh memotong percakapan orang lain atau menyakitinya. Ini terbukti melalui dialog Allah dengan Iblis yang tidak mahu sujud kepada nabi Adam. Allah memberi peluang kepada Iblis untuk berhujah dan Iblis menyatakan ia lebih mulia dari Adam kerana Adam dijadikan dari tanah sedangkan dirinya dijadikan dari api.

Ahli-ahli muzakarah mestilah menghormati pandangan orang lain yang bercakap ketika berhujah walaupun berbeza dengan pandangannya. Ini terbukti melalui peristiwa muzakarah Abu Bakar dengan Umar bin Khattab mengenai pengumpulan al-Quran selepas perang Yamamah. Abu Bakar pada mulanya enggan menerima tetapi apabila berlaku muzakarah dengan Umar, maka Abu Bakar mengakui kebenaran Umar dalam mengumpul dan menulis al-Quran.

Ahli-ahli muzakarah tidak boleh menghukum secara umum dan hendaklah sentiasa berhati-hati dalam kata-kata. Di samping itu, hendaklah meneliti sesuatu masalah dengan penelitian yang rapi. Tidak menggunakan sesuatu istilah atau lafaz kecuali pada tempat yang betul. Ia perlu berdasarkan maklumat yang tepat dan bukan berdasarkan berita angin.
Perkara yang penting ialah setiap perkataan dan perbuatan merupakan amanah dan tanggungjawab yang akan disoal di Akhirat kelak. Manusia bertanggungjawab atas apa yang dicakapkannya.

Bermuzakarah dan berdialog ini bukan tertumpu kepada soal pemerintahan semata-mata tetapi ia juga berlaku antara suami isteri, anak dan bapa, jiran tetanga dan masyarakat. Pendek kata, ia berlaku dalam semua peringkat masyarakat dan adab-adab tersebut mestilah dipatuhi. Apabila adab-adab tersebut dipatuhi dan dihormati nescaya lahirnya masyarakat yang makmur dan dirahmati Allah.

KELAB DEBAT@KAL

Assalamualaikum. w.b.t. dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog DEBAT@KaL ,
bermulah SUDAH PERJUANGAN blog DEBAT@KaL untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan berketerampilan.. inilah misi dan visi mahasiswa kelab debat@KaL ...

Lakaran sejarah yang tercipta bersama senior dan junior kelab debat@kaL disemadikan diUniversiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan

wajah kegemilangan yang akan memartabatkan seni perdebatan di universiti malaysia sabah kampus antarabangsa labuan.....

PENDEBAT SENIOR BAHASA MALAYSIA.


M.FIRDAUS A.KADIR A. NADIL ASAKIL MOHD AFIF M. KAMAL


NURUL AFIFAH B ROSLE NURUL FAREHAH ATHIRAH
BINTI WAHID


PENDEBAT JUNIOR BAHASA MALAYSIA


WIRADARMANZA ASIS MOHD AIMAN AMIR MOHD NASRUN YUSUF



NURUL ASNUR FAHRAIN SITI SAFWANAH NOR AKIRAH B RAMLI
B ABD MANNAN B ZULKARNAIN YAHYA



PENDEBAT BAHASA INGGERIS JUNIOR.


SAID ELIA HASHIM KUBERAN TEW JIA FUH




LIM WEN MI SIVARAJAN ROBYN KEIS